Monday, September 7, 2009

JENAKA SI KEPALA LEMBU

Jenaka si kepala lembu,
berjalan menuju destinasi,
membawa sekalung peringatan,
amaran pada pendeklamasi..

Jenaka si kepala lembu,
berhujah tampak bererti,
mengheret tiang seri,
katanya itu peganggan hakiki..

Jenaka si kepala lembu,
tiang seri retak dipijak,
hilang sedar dari minda,
lucunya sauh yang dilempar..

7 comments:

  1. salam Paper,

    Ini jenaka yang mengundang
    padah

    Depa, bermain dengan
    api, kalau disimbah
    minyak

    Boleh marak 1Malaysia

    *Dah tengok ke video kecoh
    di Majlis Dialog MB Selangor
    dengan depa, yang mengarak
    kepala lembu

    p/s : boleh ke panggil paper :)
    kalau tak, sejuta maaf

    ReplyDelete
  2. aku dah tgk...kat situ bertmbh2 kelakar nyer cerita...aku gelak smpi jatuh katil.

    p/s:pnggl jer aper...name sekadr topeng opera untk aku.

    ReplyDelete
  3. salam paper,

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya pakcik paper ..
    pinta anak-anakku ..hehe

    ReplyDelete
  4. Kelabu malam terbias cahaya…
    Menampakkan kesan tercalar dimuka…
    Robek digiris kerana sengketa…
    Baru ku megerti apa itu luka…

    ReplyDelete
  5. jangan lupa mem "berat" diri anda di Majlis MIMPI 18 hb ni di Galeri Shah Alam..

    ReplyDelete
  6. tiang seri retak dipijak? huh.... tinggi tu..

    ReplyDelete