Friday, July 31, 2009

Masrep mati lemas

Nama aku Masrep, aku masih ingat ketika itu aku masih kecil lagi ayahku mengajar aku berenang. dia menolakku kedalam kolam yang aku rasa dengan niat dan pengetahuan yang aku akan automatik reti berenang. Ketika itu aku lihat kolam itu sudah ramai anak2 kecil seperti aku maka aku kira mungkin kolam ini memang disediakan untuk anak2 kecil berenang. Ternyata jangkaanku meleset.

Aku pun mula meniru aksi, cara dan gaya mereka berenang. Renanganku seperti titik lukisan kecil diatas kanvas putih yang mula digerakan tak tentu arah untuk menjadikan konon nyer lukisan abstrak. Diawal renanganku aku fikirkan aku boleh berjaya sehinggalah kepala ku terhantuk sebuah pelampung yang agak kenyal dan aku rasa itulah detik bermulanya pengakhiran hayatku.

Ketika aku sedar, badan ku telah pun hilang rupa bentuknya. aku sudah mula mengelembung. badanku telah pun bertukar warna dan aku dapati aku telah tersumbat pada satu tiub. mungkin itulah sebabnya sampai sekarang aku masih belum dijumpai.

Dan akhirnya, setelah butir pasir bertukar arah berjuta2 kali, aku dijumpai. Aku dikeluarkan dari tiub itu. Namun setelah bentuk badan ku yang mengelembung dan betukar bentuk itu, aku gagal dikenal pasti. Oleh sebab2 tertentu aku ditagkan dengan nama Borhan bin Zainol.

KONDOM

Kondom adalah alat perlindungan yang mempunyai pelbagai fungsi. Namun ia mempunyai 2 fungsi utama iaitu yang pertama menghalang semua yang didalam daripada keluar. Contohnya menghalang anak2 berudu dari menjunam ke lubang kenikmatan, menghalang virus kehodohan sifat manusia dari terus berleluasa. Kedua, menghalang semua yang diluar daripada masuk kedalam. Contohnya menghalang jentera wabak sosial dari menyerang diri. Senang cerita Kondom adalah alat untuk menghalang yang dalam untuk keluar, yang luar untuk masuk.

Maka tanpa kita sedari, penduduk dunia makin memerlukan
kondom. Kondom2 ini akan laris dijual terutamanya pada musim kita memilih raya. Akan ada banyak nafsu2 memerlukan kondom untuk melindungi mereka dari titik fokus. kondom ini akan melindungi nafsu mereka dari terpancut ke muka2 penggoyang sejati yang akan menyebabkan goyanggan tanggan bersilang akan beralih ke nafsu yang lain atau pun akan mula berasa penat untuk menggoyang kerna menyedari goyanggannya itu hanya memberi nikmat kepada si nafsu tapi kurang pada dirinya.

Tidak aku nafikan aku juga memakai
kondom. sejak aku mengenal secalit ilmu dunia telah aku mempersiapkan diriku dengan kondom. kondom2 dikawasan habitat ku akan laris pada waktu2 tertentu dan aku akan jadi pelanggan tetap mereka. Mungkin kerna di sesetengah butir pasir yang jatuh di lorong yang sempit aku tidak mahu lukisanku ditafsirkan oleh manusia yang calitannya tidak sepanjang calitanku aku.

Akhir kata kepada mereka yang pernah memakai
kondom ketika bersama ku, aku juga memakai diafragma ketika bersamamu.

Namun kata2 bodohku hanyalah bersedialah diketika
kondom itu bocor.