Monday, September 7, 2009

JENAKA SI KEPALA LEMBU

Jenaka si kepala lembu,
berjalan menuju destinasi,
membawa sekalung peringatan,
amaran pada pendeklamasi..

Jenaka si kepala lembu,
berhujah tampak bererti,
mengheret tiang seri,
katanya itu peganggan hakiki..

Jenaka si kepala lembu,
tiang seri retak dipijak,
hilang sedar dari minda,
lucunya sauh yang dilempar..

Wednesday, August 19, 2009

Aku

Aku bercakap dalam berpuisi

Aku berpuisi dalam bermadah

Aku bermadah dalam bercerita

Aku bercerita dalam berimaginasi

Aku berimaginasi dalam duniaku sendiri..

Tuesday, August 18, 2009

Perginya mereka

Kotak fikiran ku asyik mengatakan yang tahun ini memang ramai mereka yg antara yg terbaik dalam bidang mereka pergi meninggalkn kita. Antaranya MJ, Yasmin Ahmad, Ust. Asri dan ramai lg dalm dan luar negara mengikut ape yg aku ternampak kat berita2 di yahoo... namun tidak aku sedari rupa nyer seorang seniman yg aku sanjung pemikirannya dan keberaniannye turut ikut serta.

6 Ogos lalu Willibrordus Surendra Broto Rendra atau Wahyu Sulaeman Rendra atau WS Rendra telah pulang kepada Nya. Beliau merupakan seorang seniman yang radikal dn sering dipenjarakan. Namun bagi beliau itu bukan penghalang untk beliau memperjuangkn pemikirannya.

"aku bertanya,
tetapi pertanyaanku,
membentur jidat penyair – penyair salon,
yang bersajak tentang anggur dan rembulan,
sementara ketidak adilan terjadi disampingnya,
dan delapan juta kanak – kanak tanpa pendidikan,
termangu – mangu di kaki dewi kesenian"

sepotong rangkap dari sajak sebatang lisong oleh WS Rendra

AL-Fatehah buat Allahyarham.....terbanglah si "Burung Merak"

Saturday, August 15, 2009

Aku berhenti dan bertanya

Salam, aku sedang persoalkan dalam hati. Kita hidup dalam NEGARA ISLAM..tp kenape bila kita beli brg di pasaraya kite kene cari tanda HALAL, bila kita nak makan kat kedai kite cari tanda HALAL bukan ke sepatutnye tanda itu ditukar ke tanda NON HALAL...

Rasional nyer, kite hidup dalam NEGARA ISLAM sepatut nyer dh kompem semua nyer HALAL..yg NON HALAL jer kite labelkan.

Dan di pasaraya...bukan dh ader ke bahagian khas untuk NON-HALAL...jadi sepatut nyer yang kat tempat lain HALAL la kan?

Wednesday, August 5, 2009

Persoalan Diri

Aku bertanya pada hati,
Jika cinta itu indah,
Kenapa ada yang berdarah.

Aku bertanya pada not-not kertas,
Jika wang itu kebebasan,
Kenapa ada peluru beterbangan.

Aku bertanya pada cercair hitam,
Jika galian itu kekayaan,
Kenapa ada tangisan mengiringi.

Aku bertanya pada papan,
Jika ilmu itu berguna,
Kenapa ada mata yang pejam.

Aku bertanya pada gembala,
Jika memimpin itu memberi pahala,
Kenapa ada yang dituduh berdosa.

Aku bertanya pada kelakianku,
Jika nafsu itu menyelerakan,
Kenapa agama menghadkan batasan.

Dan aku akan sering bertanya....

Friday, July 31, 2009

Masrep mati lemas

Nama aku Masrep, aku masih ingat ketika itu aku masih kecil lagi ayahku mengajar aku berenang. dia menolakku kedalam kolam yang aku rasa dengan niat dan pengetahuan yang aku akan automatik reti berenang. Ketika itu aku lihat kolam itu sudah ramai anak2 kecil seperti aku maka aku kira mungkin kolam ini memang disediakan untuk anak2 kecil berenang. Ternyata jangkaanku meleset.

Aku pun mula meniru aksi, cara dan gaya mereka berenang. Renanganku seperti titik lukisan kecil diatas kanvas putih yang mula digerakan tak tentu arah untuk menjadikan konon nyer lukisan abstrak. Diawal renanganku aku fikirkan aku boleh berjaya sehinggalah kepala ku terhantuk sebuah pelampung yang agak kenyal dan aku rasa itulah detik bermulanya pengakhiran hayatku.

Ketika aku sedar, badan ku telah pun hilang rupa bentuknya. aku sudah mula mengelembung. badanku telah pun bertukar warna dan aku dapati aku telah tersumbat pada satu tiub. mungkin itulah sebabnya sampai sekarang aku masih belum dijumpai.

Dan akhirnya, setelah butir pasir bertukar arah berjuta2 kali, aku dijumpai. Aku dikeluarkan dari tiub itu. Namun setelah bentuk badan ku yang mengelembung dan betukar bentuk itu, aku gagal dikenal pasti. Oleh sebab2 tertentu aku ditagkan dengan nama Borhan bin Zainol.

KONDOM

Kondom adalah alat perlindungan yang mempunyai pelbagai fungsi. Namun ia mempunyai 2 fungsi utama iaitu yang pertama menghalang semua yang didalam daripada keluar. Contohnya menghalang anak2 berudu dari menjunam ke lubang kenikmatan, menghalang virus kehodohan sifat manusia dari terus berleluasa. Kedua, menghalang semua yang diluar daripada masuk kedalam. Contohnya menghalang jentera wabak sosial dari menyerang diri. Senang cerita Kondom adalah alat untuk menghalang yang dalam untuk keluar, yang luar untuk masuk.

Maka tanpa kita sedari, penduduk dunia makin memerlukan
kondom. Kondom2 ini akan laris dijual terutamanya pada musim kita memilih raya. Akan ada banyak nafsu2 memerlukan kondom untuk melindungi mereka dari titik fokus. kondom ini akan melindungi nafsu mereka dari terpancut ke muka2 penggoyang sejati yang akan menyebabkan goyanggan tanggan bersilang akan beralih ke nafsu yang lain atau pun akan mula berasa penat untuk menggoyang kerna menyedari goyanggannya itu hanya memberi nikmat kepada si nafsu tapi kurang pada dirinya.

Tidak aku nafikan aku juga memakai
kondom. sejak aku mengenal secalit ilmu dunia telah aku mempersiapkan diriku dengan kondom. kondom2 dikawasan habitat ku akan laris pada waktu2 tertentu dan aku akan jadi pelanggan tetap mereka. Mungkin kerna di sesetengah butir pasir yang jatuh di lorong yang sempit aku tidak mahu lukisanku ditafsirkan oleh manusia yang calitannya tidak sepanjang calitanku aku.

Akhir kata kepada mereka yang pernah memakai
kondom ketika bersama ku, aku juga memakai diafragma ketika bersamamu.

Namun kata2 bodohku hanyalah bersedialah diketika
kondom itu bocor.