Friday, July 31, 2009

KONDOM

Kondom adalah alat perlindungan yang mempunyai pelbagai fungsi. Namun ia mempunyai 2 fungsi utama iaitu yang pertama menghalang semua yang didalam daripada keluar. Contohnya menghalang anak2 berudu dari menjunam ke lubang kenikmatan, menghalang virus kehodohan sifat manusia dari terus berleluasa. Kedua, menghalang semua yang diluar daripada masuk kedalam. Contohnya menghalang jentera wabak sosial dari menyerang diri. Senang cerita Kondom adalah alat untuk menghalang yang dalam untuk keluar, yang luar untuk masuk.

Maka tanpa kita sedari, penduduk dunia makin memerlukan
kondom. Kondom2 ini akan laris dijual terutamanya pada musim kita memilih raya. Akan ada banyak nafsu2 memerlukan kondom untuk melindungi mereka dari titik fokus. kondom ini akan melindungi nafsu mereka dari terpancut ke muka2 penggoyang sejati yang akan menyebabkan goyanggan tanggan bersilang akan beralih ke nafsu yang lain atau pun akan mula berasa penat untuk menggoyang kerna menyedari goyanggannya itu hanya memberi nikmat kepada si nafsu tapi kurang pada dirinya.

Tidak aku nafikan aku juga memakai
kondom. sejak aku mengenal secalit ilmu dunia telah aku mempersiapkan diriku dengan kondom. kondom2 dikawasan habitat ku akan laris pada waktu2 tertentu dan aku akan jadi pelanggan tetap mereka. Mungkin kerna di sesetengah butir pasir yang jatuh di lorong yang sempit aku tidak mahu lukisanku ditafsirkan oleh manusia yang calitannya tidak sepanjang calitanku aku.

Akhir kata kepada mereka yang pernah memakai
kondom ketika bersama ku, aku juga memakai diafragma ketika bersamamu.

Namun kata2 bodohku hanyalah bersedialah diketika
kondom itu bocor.

3 comments: