Wednesday, August 5, 2009

Persoalan Diri

Aku bertanya pada hati,
Jika cinta itu indah,
Kenapa ada yang berdarah.

Aku bertanya pada not-not kertas,
Jika wang itu kebebasan,
Kenapa ada peluru beterbangan.

Aku bertanya pada cercair hitam,
Jika galian itu kekayaan,
Kenapa ada tangisan mengiringi.

Aku bertanya pada papan,
Jika ilmu itu berguna,
Kenapa ada mata yang pejam.

Aku bertanya pada gembala,
Jika memimpin itu memberi pahala,
Kenapa ada yang dituduh berdosa.

Aku bertanya pada kelakianku,
Jika nafsu itu menyelerakan,
Kenapa agama menghadkan batasan.

Dan aku akan sering bertanya....

4 comments:

  1. manusia tak sedar yang die tu masih belum sedar.

    ReplyDelete
  2. utk sedarkn diri, kita akn sering bertanya...

    ReplyDelete
  3. soalan demi soalan...
    menjawap setiap persoalan...
    semua mencari kebenaran...
    tetapi tidak sedar akan kesilapan...
    kerana itu agama menghadkan...
    supaya engkau mengerti akan...
    kesedaran yang perlu difikirkan...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...jika semua persoalan telah terjwb...cahaya ttp akan muncl..

    ReplyDelete